Jumaat, 13 Ogos 2010

Salam Ramadhan


Salam ramadhan. Semoga mendapat keberkatan dibulan mulia ini.
Kepada rakan-rakan sepanjang bulan Ramadhan ini… syaitan, hantu, iblis semua akan dipenjarakan.  Jadi masa inilah kita bebas berbuat amal ibadat dengan ikhlas tanpa gangguan. Harap-harap tahun ni kita tingkatkan lagi amal ibadat dan buatlah amal kebaikan dengan banyak sebab bulan puasa inilah kita mendapat lebih keberkatan daripadaNya.
Jadi kalau rakan-rakan semua ingin mengetahui waktu berbuka puasa di kawasan dan negeri kamu…  Jenguk-jenguklah kat sini Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M.
Dikesempatan ni Ana nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, jangan makan banyak-banyak tau masa berbuka nanti, jangan membazir itukan amalan yang tak baik. Oh yaaa… mungkin ada ke yang tak ingat doa untuk niat puasa nanti? kalau terlupa ini Ana sediakan lafaz niat puasa Ramadhan dan doa untuk berbuka puasa. Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan ye.

 Doa Niat Puasa Ramadhan
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala
Doa Berbuka Puasa
Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih


Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Perkenalan

Salam perkenalan daripada saya Ana.  Terlebih dahulu Ana ingin memperkenalkan blog ini khususnya tentang informasi perkembangan pembelajaran Ana dan rakan.  Diharap para pendidik serta rakan-rakan seperjuangan dapat menurunkan pendapat, kata-kata nasihat ataupun mutiara kata yang dapat dimanfaatkan bersama.


Daun pisang melambai-lambai,
Ditiup angin entah dari mana,
Tangan hamba melambai-lambai,
Minta permisi berkarya bersama Ana.